Hidup memang memerlukan toleransi, sebab benci tu menyakitkan jiwa dan nafas seolah olah terasa sesak!.. Tapi sebaliknya jika menyayangi seseorang itu dapat melegakan nafas, menjaminkan kebahagiaan ^^.
Namun .. Atas pelbagai alasan dan sebab tertentu, ada kalanya kita seolah olah "wajib" melupakan seseorang.. Bukan disebabkan dia tak baik, tapi semata mata kita tidak mampu lagi untuk mengingati segala kebaikannya selama ini. Setiap kali teringat, hati terlalu kesal kerana perpisahan berlaku, jiwa terasa tergarit garit dengan garpu .. Dan tatkala ini, adalah lebih baik menghilangkan segala memori dan membina kehidupan baru ..